Wednesday, September 13, 2017

TUTORIAL ANALISIS MARKAH MURID MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

ANALISIS MARKAH

LANGKAH DEMI LANGKAH DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL (me).

  1. Selepas mendapatkan markah murid, taipkan dalam me.
  2. Sekarang kita akan membuat markah itu menjadi gred A/B/C/D/E

Seandainya markah berada dalam petak C7 dan gred adalah pada D7, maka taip:


=LOOKUP(C7,{0,0.5,39.5,49.5,64.5,79.5,100.5},{"TH","E","D","C","B","A"}) dalam petak D7.
 *GRED INI UNTUK KSSR SEKOLAH RENDAH


Untuk guru kelas, kita perlu formula untuk mengira bilangan gred murid. Formula ini dapat menjimatkan masa guru dan ianya lebih tepat.

Contoh bilangan gred calon bagi kertas soalan UPSR.

Langkah-langkah:
  1. Kita perlu mengetahui kedudukan gred calon. Bagi contoh di atas, kedudukan gred ialah pada D6 hingga N6. Saya menggunakan petak S6 hingga W6 unttuk bilangan gred A hingga E.
  2. Di petak S6, taip formula =COUNTIF(D6:N6,"A") dan tekan enter.
  3. Manakala di petak T6 hingga W6 taip formula seperti langkah 2 di atas dan tukar "A" dengan B,C,D dan E.
Selamat mencuba.


1 comment:

  1. Terima kasih. Sgt membantu saya dalam membuat template sendiri.

    ReplyDelete

Cipta Borang Dengan Menggunakan Google Form

Petua Jimat Kertas Guna Google Form Bismillah... untuk gambar lebih besar