Thursday, February 15, 2018

AKU TANAM POKOK MALBERI

Dalam tv al hijrah sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci al Quran beserta dengan tafsirnya. Ayat-ayat al Quran yang tersusun indah dapat membimbing kita untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa. Perumpamaan yang terdapat di dalamnya membuat kita berfikir dan boleh di buat uji kaji. Termasuklah bercucuk tanam.


Firman Allah SWT: Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) daripada pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api daripada pohon-pohon itu. (Yasin: 80)
Ibnu Kathir berkata: Allah SWT mencipta pohon tersebut daripada air hingga menjadi pepohonan yang menghijau, berbuah dan berbunga kemudian Dia mengulanginya menjadi kayu-kayu kering untuk menyalakan api. Seperti itu pula, Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya dan Maha Kuasa serta tiada siapa pun yang mampu melakukannya.
Al-Maraghi berkata: Allah SWT telah menyuburkan pohon dengan air sehingga ia menjadi subur menghijau. Kemudian pohon itu pula dijadikan kayu bakar yang digunakan untuk menyalakan api. Kemudian Allah SWT berupaya mencipta api daripada pokok yang hijau mengandungi unsur pembakaran, manakala air itu pula mampu mengembalikan semula tulang-temulang manusia yang telah hancur kepada asalnya semula.


Untuk itu, aku menanam pokok dan melihat bagaimana ia membesar. Allahuakbar, indah sungguh ciptaan tuhan yang dapat menyedarkan aku betapa kerdilnya diri ini dan betapa hinanya diri ini.

Pokok malberi yang aku tanam ni selepas diberitahu oleh isteri bahawa banyak khasiatnya dan dengan sedikit pembacaan aku dapati terlalu banyak manfaat pokok ni dari kulit pokok hingga ke daunnya.

“….Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol….”
Artikel penuh:

Buah malberi yang sedap dimakan. Aku beli anak pokok yang dah ada buah, terus boleh dimakan..hihi

Anak pokok malberi aku beli di Tanah Merah dengan harga 5 ringgit. Selepas seminggu aku pindahkan anak pokok yang berada dalam pasu ke tapak tanaman. Tapak tanaman di kawasan rumah aku tanahnya tak subur. Oleh itu, aku membuat lubang besar untuk digantikan tanahnya dengan medium tanaman yang subur.
Medium tanaman aku biarkan lebih kurang dua bulan dalam lubang tu. Ada abu hasil dari pembakaran sampah dan ada tahi kerbau yang aku ambil di luar pagar rumah aku.
InsyaAllah selepas beberapa minggu lagi teduhan plastik hitam tu boleh dibuang. Yang penting menyiram air dua kali sehari untuk dia membesar dengan sihat.
Alhamdulillah.

Tuesday, February 6, 2018

SEPETANG BERSAMA ANAK-ANAK

Pengalaman membesarkan anak-anak amat bermakna. Islam meletakkan tanggungjawab membesarkan anak-anak di bawah ibu bapa. Oleh itu, bukan mudah untuk memastikan mereka membesar mengikut acuan Islam.

Apa yang menarik untuk awal tahun 2018 ini kami sekeluarga keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang ke rumah pada 6 petang. Jika di bandar-bandar besar situasi ini biasa sahaja. Namun, kami berada di persekitaran kampung yang mana kerbau, lembu, kambing dan binatang-binatang ternakan lain masih banyak kelihatan. Untuk keluar bekerja sebelum keluar matahari dan pulang pada matahari terbenam adalah sesuatu yang sangat indah...

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Petang ini, 6 Feb 2018 kami pulang disambut oleh ma dan ayah yang kebetulan membantu kami menaik taraf longkang rumah kami. Anak-anak seronok bermain sambil membantu atuknya menyiapkan kerja.

Alhamdulillah.










Cipta Borang Dengan Menggunakan Google Form

Petua Jimat Kertas Guna Google Form Bismillah... untuk gambar lebih besar