Thursday, February 15, 2018

AKU TANAM POKOK MALBERI

Dalam tv al hijrah sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci al Quran beserta dengan tafsirnya. Ayat-ayat al Quran yang tersusun indah dapat membimbing kita untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa. Perumpamaan yang terdapat di dalamnya membuat kita berfikir dan boleh di buat uji kaji. Termasuklah bercucuk tanam.


Firman Allah SWT: Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) daripada pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api daripada pohon-pohon itu. (Yasin: 80)
Ibnu Kathir berkata: Allah SWT mencipta pohon tersebut daripada air hingga menjadi pepohonan yang menghijau, berbuah dan berbunga kemudian Dia mengulanginya menjadi kayu-kayu kering untuk menyalakan api. Seperti itu pula, Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya dan Maha Kuasa serta tiada siapa pun yang mampu melakukannya.
Al-Maraghi berkata: Allah SWT telah menyuburkan pohon dengan air sehingga ia menjadi subur menghijau. Kemudian pohon itu pula dijadikan kayu bakar yang digunakan untuk menyalakan api. Kemudian Allah SWT berupaya mencipta api daripada pokok yang hijau mengandungi unsur pembakaran, manakala air itu pula mampu mengembalikan semula tulang-temulang manusia yang telah hancur kepada asalnya semula.


Untuk itu, aku menanam pokok dan melihat bagaimana ia membesar. Allahuakbar, indah sungguh ciptaan tuhan yang dapat menyedarkan aku betapa kerdilnya diri ini dan betapa hinanya diri ini.

Pokok malberi yang aku tanam ni selepas diberitahu oleh isteri bahawa banyak khasiatnya dan dengan sedikit pembacaan aku dapati terlalu banyak manfaat pokok ni dari kulit pokok hingga ke daunnya.

“….Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol….”
Artikel penuh:

Buah malberi yang sedap dimakan. Aku beli anak pokok yang dah ada buah, terus boleh dimakan..hihi

Anak pokok malberi aku beli di Tanah Merah dengan harga 5 ringgit. Selepas seminggu aku pindahkan anak pokok yang berada dalam pasu ke tapak tanaman. Tapak tanaman di kawasan rumah aku tanahnya tak subur. Oleh itu, aku membuat lubang besar untuk digantikan tanahnya dengan medium tanaman yang subur.
Medium tanaman aku biarkan lebih kurang dua bulan dalam lubang tu. Ada abu hasil dari pembakaran sampah dan ada tahi kerbau yang aku ambil di luar pagar rumah aku.
InsyaAllah selepas beberapa minggu lagi teduhan plastik hitam tu boleh dibuang. Yang penting menyiram air dua kali sehari untuk dia membesar dengan sihat.
Alhamdulillah.

Tuesday, February 6, 2018

SEPETANG BERSAMA ANAK-ANAK

Pengalaman membesarkan anak-anak amat bermakna. Islam meletakkan tanggungjawab membesarkan anak-anak di bawah ibu bapa. Oleh itu, bukan mudah untuk memastikan mereka membesar mengikut acuan Islam.

Apa yang menarik untuk awal tahun 2018 ini kami sekeluarga keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang ke rumah pada 6 petang. Jika di bandar-bandar besar situasi ini biasa sahaja. Namun, kami berada di persekitaran kampung yang mana kerbau, lembu, kambing dan binatang-binatang ternakan lain masih banyak kelihatan. Untuk keluar bekerja sebelum keluar matahari dan pulang pada matahari terbenam adalah sesuatu yang sangat indah...

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Petang ini, 6 Feb 2018 kami pulang disambut oleh ma dan ayah yang kebetulan membantu kami menaik taraf longkang rumah kami. Anak-anak seronok bermain sambil membantu atuknya menyiapkan kerja.

Alhamdulillah.










Sunday, January 28, 2018

Bukan Untuk Dunia Semata-mata

Setiap makhluk yang Allah ciptakan adalah untuk kita pelajari dan mengenal Allah.

Lihatlah cahaya yang menyinari awan yang seolah-olah menggambarkan bahawa orang yang beriman akan mendapat cahaya dari Allah manakala orang munafik dan kufur kepada Allah akan berada dalam kegelapan.

Saturday, January 27, 2018

TANAM POKOK DALAM TANAH YANG TIDAK SUBUR

Kawase rumah ambo tanah tak subur. Sebabnyo tanah bukit hok kena taroh, ada banyak batu pah pulok tanah kerah kong.

Tanah rumah ambo kerah kong, ada batu apar. Belok cok-cok maso galli lube.

Masa mulo-mulo duduk sini (cuti bule Mac 2017), ambo ada tane pokok puding. Alhamdulillah dale belah-belah pokok ada 7 pohon hok iduk.

Pokok puding daun haluh, dekat setahun dah tane. Mujur iduk lagi. Alhamdulillah.

Ada 5 pohon pokok puding ni, ambo gembur tanoh nge bue ruput hari ni (27.1.2018). InsyaAllah berisi sikik pah-pah ni.

Alik tepi rumah sebeloh kiri tanah dia subur sikit, sebab tanah nambun. Pokok-pokok kawase tu segar banding nge tanoh kerah. Ada pokok serai, pokok duye, kace boto, ubi, mokte anok sekolah, limau puruk.

Tanah nambun dia subur sikit, segar pokok duyan ambo. Tinggi dia bandin nge anok sulung ambo. Maso tane mulo dale 30 cm jah. Alhamdulillah.


Pokok serai nge pokok ubi kayu segar molek. Pucuk ubi kayu boleh buat penawar batuk. Uli-uli pucuk nge kapur make, pahtu air dio sapu bawah tekok nge atah blake, insyaAllah boleh tidur molek.

Ambo tane pokok-pokok di tanah kerah ikut pandue dari ayoh ambo, Gali lube dale 3x3x2 kaki (dale lube lebih kure 2 kaki). Ayoh ambo pesan, lube tu kena gati nge tanoh gembur atau tanoh ite.

Kawase ambo payah nak ambik tanoh subur. Jadi ambo kutik taik-taik lembu nge taik kuba untuk bubuh dale lube. Dale lube tu jugok ambo bubuh abu nge are. Kade-kade ambo bakkar dale lube.

Loni ada 7 jenis pokok ambo tane guno kaedoh tu. Alhamdulillah hidup molek,
Pokok mata kucing, lube-lube tu ambo standby untuk kambus sisa-sisa makane. Kalu ada perut ike koho molek kambus dale tu, baja asli tuh. 

Pokok nona, pak cik che wee tuke kebung skc hok bui. Pokok ni buoh dio serupo durian selat/belanda.

Ni dia lube 3x3x2 hok ambo tak tane gapo-gapo lagi. Ado blako dale tu taik lembu, taik kuba, are dan abu. InsyaAllah segar pokok bila tane pah ni.

 Pokok lada nge pokok durian belanda. Lada tu make hasil dah, alhamdulillah segar molek pokok.

 Pauh epal, tak seko segar gitu mo....kerja Allah taala, dale dok nanam ni, banyak hok ambo belaja mengenai keesaan Allah azzawajalla.

Pokok jambu batu, teknik samo ambo guno. Gali lube pah tu bubuh bajo asli.

Dengan sikit perkongsian ni, ambo harap demo boleh ikhtiar untuk nanam pokok di kawase rumah. Pilih pokok saiz kecik, kalu pokok besar kena jauh dari rumah jiran. Kalu dop, cari baloh seksok. Pokok duye hok ambo tane tu, jenis pendek. Isteri ambo beli nge Cgu Wia SK Chenulang.

InsyaAllah lepas ni ambo cerito berkenaan tanam pokok lado.

Sekian, terima kasih.

Thursday, January 25, 2018

MANA MOLEK? BLOG NGE FB....(S1)




DULU BLOG SOHHO, BILA TIMBUL FB, IG, DAN SEUMPAMANYA BLOG JADI TENGELE...


Pendapat ambo, kalu kita minat nulih, blog adalah mugo terbaik untuk gatti nota atau diari. Sebabnya
blog ni adalah hidup dale zame teknologi.

kalu kita nulih sebab nak soho, mukin fb hok terbaik. Tapi male nyo tak dop ore nak "klik like"..hahahaha

molek benar jika kita suko nulih. tulih lah gapo-gapo hok menarik bagi kita. sebab untuk kita dan buke niat kita nak kaca ore.

mukin satu hari nati, kita nak tunjuk ko anok cucu kito zaman kito mudo-mudo. adakah kita nak tunjuk album gamba?.......atau gamba kito dale fb...mukin kito tak kosi gamba-gamba koksir. tapi ngepen hok ada dale fb, hok dok alik tepi.....ngepen ubat kuatlah, ngepen viagra lah, ada model seksi lah dan mace-mace lagi hok ngarut.

malu kito kalu ble-ble dok tunjuk ko anak cucu, tiba-tiba ada iklan tak molek.

jadinya, blog ni buke bebas sepeti fb. atah kita nak hias lagu mana.....ibarat buku nota kita.

kita nak salin doa-doa ko

nak kosi resipi kek hok kita buat sediri ko

nak nulis pengelame kito g umrah ko

mace-mace lagilah.

iklan-iklan hok ngarut, hok lucah, tak dok dale blog. keecuali, kita hok letok!

JANGE CARI PASA..

......
nak belaja buat blog dop?

kalu nak, insyaAllah ambo ajar dari asas. mudah jah. Allah akan buka jale kalu niat kito molek.
kalu nak belaja, tulis komen di bawah deh.

pah, nati siri 2 (S2) ambo akan masuk bab nak cipta blog.

.....................
apa-apapun, terima kasih kerana sudi baca.

wassalam.

Friday, December 1, 2017

MODAL MUDAH UNTUK PERNIAGAAN

Kehidupan di zaman serba canggih ini, ramai yang tersungkur walaupun sudah memiliki sekeping ijazah. Mereka terperap di rumah ibu bapa kerana menunggu peluang pekerjaan. Ya, ada pekerjaan untuk mereka, tetapi upah yang diterima hanya cukup makan dan mungkin tidak lepas untuk membayar hutang ptptn.

Peluang untuk mendapatkan pendapatan tinggi adalah melalui perniagaan. Tapi berapa keratkah mereka yang mampu mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan?

Salah satu jalan pantas untuk menyuntik modal adalah melalui hibah. Sekiranya kita memiliki dua orang anak, cukupkah kita menyediakan 100 000 (100ribu) seorang bagi mereka mula menapak dalam perniagaan?

Ya, lebih dari mencukupi.

Tapi bagaimana?

Seorang bapa menerima cek lebih dari 200 ribu apabila anak kesayangan menghibahkan atas nama bapanya. Ulasan penuh di https://goo.gl/Ky3tue


Bayangkan perasaan insan tersayang menerima hibah kesan dari kesedaran kita? Berbalik kepada bagaimana mendapatkan hibah dan bagaimana ianya berfungsi. Prudential BSN takaful penyedia takaful terbaik dalam negara. Ramai yang memiliki polisi takaful dari Prudential BSN takaful termasuk saya seisi keluarga.

Apa yang diperlukan untuk memiliki pelan hibah ini adalah dengan tubuh badan yang sihat dan kesedaran untuk caruman bulanan. Dengan serendah 100 ringgit sebulan, kita mampu menyediakan modal untuk anak-anak kita menempuh kehidupan tanpa kita di sisi suatu hari nanti.

Seperti sebuah kereta yang membekalkan tayar simpanan, tayar tersebut kita tidak gunakan sehinggalah kita ditimpa kemalangan tayar pecah dan perlu diganti dengan segera. 

Begitu juga hibah, ianya adalah plan yang ampuh untuk kita sediakan apabila kita ditimpa musibah seperti kematian atau lumpuh kekal.


Bertakaful demi kebaikan kita bersama.

Semasa kita hidup, kita tidak menjangkakan apa akan berlaku untuk hari esok. Oleh itu, gunakan peluang yang Allah kurniakan ini untuk mendidik anak-anak berniaga. Dedahkan mereka dengan alam perniagaan agar mereka celik dan sedar kelebihan berniaga.

Saya menyediakan hibah untuk isteri dan anak-anak bagi menempuh kehidupan yang sukar apabila ketiadaan saya kelak.

Jika pembaca disaat ini belum memiliki polisi takaful bagi menghibahkan wang kepada orang yang tersayang. Mulakan langkah dengan segera, jika tidak mampu memadai 100 ringgit sebulan dengan nilai hibah sehingga 250 ribu (bergantung umur pencarum).

Hubungi saya untuk mengetahui berapa nilai hibah dengan menyatakan tarikh lahir anda. Ianya percuma demi kebaikan umat Islam dalam Malaysia. hubungi saya, Mohd Affan

Monday, September 18, 2017

Guru

Ramai orang kata "guru" itu yang mengajar di sekolah. Sedikit sahaja orang yang "sedar" guru itu ialah manusia yang akil baligh dan hidup  dalam masyarakat.
Jika dia berumur 15 tahun dan tidak bersekolah. Dia menjadi guru kepada rakan-rakannya yang sebaya dengannya. Mungkin rakannya baru 12 tahun, disebabkan terpesona dengan kebebasan hidup guru berumur 15 tahun tersebut. Maka, yang 12 tahun tadi lama kelamaan akan terjebak dan mengikut jejak langkah gurunya.


Bersambung..

Cipta Borang Dengan Menggunakan Google Form

Petua Jimat Kertas Guna Google Form Bismillah... untuk gambar lebih besar