Friday, December 1, 2017

MODAL MUDAH UNTUK PERNIAGAAN

Kehidupan di zaman serba canggih ini, ramai yang tersungkur walaupun sudah memiliki sekeping ijazah. Mereka terperap di rumah ibu bapa kerana menunggu peluang pekerjaan. Ya, ada pekerjaan untuk mereka, tetapi upah yang diterima hanya cukup makan dan mungkin tidak lepas untuk membayar hutang ptptn.

Peluang untuk mendapatkan pendapatan tinggi adalah melalui perniagaan. Tapi berapa keratkah mereka yang mampu mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan?

Salah satu jalan pantas untuk menyuntik modal adalah melalui hibah. Sekiranya kita memiliki dua orang anak, cukupkah kita menyediakan 100 000 (100ribu) seorang bagi mereka mula menapak dalam perniagaan?

Ya, lebih dari mencukupi.

Tapi bagaimana?

Seorang bapa menerima cek lebih dari 200 ribu apabila anak kesayangan menghibahkan atas nama bapanya. Ulasan penuh di https://goo.gl/Ky3tue


Bayangkan perasaan insan tersayang menerima hibah kesan dari kesedaran kita? Berbalik kepada bagaimana mendapatkan hibah dan bagaimana ianya berfungsi. Prudential BSN takaful penyedia takaful terbaik dalam negara. Ramai yang memiliki polisi takaful dari Prudential BSN takaful termasuk saya seisi keluarga.

Apa yang diperlukan untuk memiliki pelan hibah ini adalah dengan tubuh badan yang sihat dan kesedaran untuk caruman bulanan. Dengan serendah 100 ringgit sebulan, kita mampu menyediakan modal untuk anak-anak kita menempuh kehidupan tanpa kita di sisi suatu hari nanti.

Seperti sebuah kereta yang membekalkan tayar simpanan, tayar tersebut kita tidak gunakan sehinggalah kita ditimpa kemalangan tayar pecah dan perlu diganti dengan segera. 

Begitu juga hibah, ianya adalah plan yang ampuh untuk kita sediakan apabila kita ditimpa musibah seperti kematian atau lumpuh kekal.


Bertakaful demi kebaikan kita bersama.

Semasa kita hidup, kita tidak menjangkakan apa akan berlaku untuk hari esok. Oleh itu, gunakan peluang yang Allah kurniakan ini untuk mendidik anak-anak berniaga. Dedahkan mereka dengan alam perniagaan agar mereka celik dan sedar kelebihan berniaga.

Saya menyediakan hibah untuk isteri dan anak-anak bagi menempuh kehidupan yang sukar apabila ketiadaan saya kelak.

Jika pembaca disaat ini belum memiliki polisi takaful bagi menghibahkan wang kepada orang yang tersayang. Mulakan langkah dengan segera, jika tidak mampu memadai 100 ringgit sebulan dengan nilai hibah sehingga 250 ribu (bergantung umur pencarum).

Hubungi saya untuk mengetahui berapa nilai hibah dengan menyatakan tarikh lahir anda. Ianya percuma demi kebaikan umat Islam dalam Malaysia. hubungi saya, Mohd Affan

Monday, September 18, 2017

Guru

Ramai orang kata "guru" itu yang mengajar di sekolah. Sedikit sahaja orang yang "sedar" guru itu ialah manusia yang akil baligh dan hidup  dalam masyarakat.
Jika dia berumur 15 tahun dan tidak bersekolah. Dia menjadi guru kepada rakan-rakannya yang sebaya dengannya. Mungkin rakannya baru 12 tahun, disebabkan terpesona dengan kebebasan hidup guru berumur 15 tahun tersebut. Maka, yang 12 tahun tadi lama kelamaan akan terjebak dan mengikut jejak langkah gurunya.


Bersambung..

Wednesday, September 13, 2017

TUTORIAL ANALISIS MARKAH MURID MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

ANALISIS MARKAH

LANGKAH DEMI LANGKAH DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL (me).

  1. Selepas mendapatkan markah murid, taipkan dalam me.
  2. Sekarang kita akan membuat markah itu menjadi gred A/B/C/D/E

Seandainya markah berada dalam petak C7 dan gred adalah pada D7, maka taip:


=LOOKUP(C7,{0,0.5,39.5,49.5,64.5,79.5,100.5},{"TH","E","D","C","B","A"}) dalam petak D7.
 *GRED INI UNTUK KSSR SEKOLAH RENDAH


Untuk guru kelas, kita perlu formula untuk mengira bilangan gred murid. Formula ini dapat menjimatkan masa guru dan ianya lebih tepat.

Contoh bilangan gred calon bagi kertas soalan UPSR.

Langkah-langkah:
  1. Kita perlu mengetahui kedudukan gred calon. Bagi contoh di atas, kedudukan gred ialah pada D6 hingga N6. Saya menggunakan petak S6 hingga W6 unttuk bilangan gred A hingga E.
  2. Di petak S6, taip formula =COUNTIF(D6:N6,"A") dan tekan enter.
  3. Manakala di petak T6 hingga W6 taip formula seperti langkah 2 di atas dan tukar "A" dengan B,C,D dan E.
Selamat mencuba.


Saturday, September 9, 2017

MAKANAN EKSKLUSIF

MENCARI KEHIDUPAN YANG SEMPURNA.

SUMBER MAKANAN BERKUALITI TINGGI

Memilikinya Suatu Kemestian.

Bagi sesetengah insan bertuah. Mereka memiliki segala-galanya dari rumah mewah, pasangan yang jujur, anak-anak yang menghormati, kebun luas, perniagaan yang berjaya dan rakan-rakan yang positif. Semua ini memberi ketenangan dan kebahagian kepada mereka.

Pergi bercuti dengan menaiki pesawat kelas perniagaan.

Apabila bergerak ke lokasi yang jauh, mereka akan menaiki pesawat yang mewah dan tidak perlu menunggu lama untuk berlepas.


Menginap di hotel mewah

Apabila ada urusan yang perlu bermalam, mereka ini akan menetap di hotel-hotel 5 bintang. Amat bertuah kehidupan mereka yang tidak pernah kering aliran wang tunai.

Memiliki koleksi kapal mewah

Memiliki kereta-kereta mewah dengan jumlah yang banyak.

Mereka yang bertuah ini juga memiliki kapal layar peribadi. Mereka juga memiliki koleksi kereta mewah dan kereta sport terbaru seperti BMW, Marcedes, Ferrari dan sebagainya.

Mendapat rawatan di  hospital pakar

Jika mereka atau orang yang mereka kasihi tidak sihat, mereka akan mendapatkan rawatan di hospital pakar yang semestinya tinggi kos rawatan yang perlu dibayar. Adakah mereka akan berkira? Semestinya tidak, kerana mereka dipenuhi dengan kehidupan yang eksklusif.

Bagaimana dengan makanan?

Semestinya mereka akan mengambil sumber makanan yang berzat dan berkualiti. Mereka memiliki penasihat makanan peribadi begi menjaga kualiti pemakanan mereka. 

Bagaimana dengan suplimen? 

Sudah tentu mereka memiliki suplimen bertaraf antarabangsa dalam peti sejuk mereka. 

Vivix Shaklee dapat mengekalkan keayuan, tenaga dan melawan sel-sel kanser.

Jika anda ingin memiliki Vivix, bolehlah hubungi saya ditalian 0139429119

0139429119
0139429119

Atau boleh membeli terus Vivix Shaklee ini dengan memasukkan wang ke akaun Maybank saya
HARGA VIVIX RM503.50 (TERMASUK POS)

MAYBANK
MOHD AFFAN BIN AWANG LAH

======================================
KEMUKAKAN RESIT BAYARAN BESERTA BUTIRAN BERIKUT:
Vivix 
Nama Anda
Alamat
No tel

Contoh:
Vivix
Siti Saleha Bt Saadon
Lot 333, Taman Botani
17500 Tanah Merah
Kelantan
0139399681
=====================================


Monday, September 4, 2017

BACAAN UNTUK YANG SUDAH BERUMAH TANGGA.

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI.


Langit tidak selalu cerah, mimpi tidak selalu indah dan cita-cita tidak semua dapat digapai.

Dalam kehidupan seorang lelaki yang memiliki isteri, anak-anak dan tanggungjawab lain adalah satu amanah yang amat berat untuk dipikul. Oleh itu,  kesihatan dan emosi perlu sentiasa hebat.

Pada satu tahap, kita memiliki segalanya kerana kuasa wang ringgit dalam genggaman tangan kita. Syukur Alhamdulillah, tidak semua lelaki seusia kita memiliki kuasa kewangan yang mantap.


Semua itu akan menjadi murah dan tidak bererti seandainya kita diuji dengan penyakit zaman moden. Dalam badan kita terdapat beribu-ribu salur darah, tidak nampak pada pandangan mata dan tidak terasa lajunya pergerakan darah dalam badan. 

Pengambilan vivix secara konsisten dapat membantu pasangan mendapatkan zuriat.


Saraf yang terganggu dapat menjadi normal selepas mengamalkan vivix

Saluran yang lancar akan terganggu sedikit demi sedikit. Ianya berpunca dari sumber makanan yang kita suap. Makanan yang mengandungi kolesterol menyumbang kepada gangguan perjalanan darah.


Kesannya,

"Keris" tidak setajam dulu, bertempur menggunakanya sentiasa tertewas. Lama kelamaan kita dimainkan emosi sendiri dan menjadi rendah diri. Emosi ini sedikit demi sedikit menganggu fungsi organ-organ dalaman kita. Ianya menjemput pelbagai penyakit...

Lemah jantung,
Kencing manis,
Darah tinggi,
Strok,
Kegagalan buah pinggang,
Kanser...


Walaupun vivix memerlukan perbelanjaan yang besar, demi kesihatan yang sempurna dia sanggup mengamalkan vivix bertahun lamanya.


Di saat ini kita mulai menyesal dan memikirkan seandainya 10 tahun lepas aku menjaga segalanya, mungkin diri ini masih sihat dan kuat seperti rakan-rakan yang lain.

Usahlah berlarutan memikirkan seperti itu, panjangkan doa memohon keampunan kepada Allah dan ubahlah tabiat yang tak baik sedikit demi sedikit.

Kembali perkuatkan emosi dan gunakanlah kuasa wang ringgit kita untuk mengambil suplimen yang terbaik. Suplimen yang sudah terbukti diuji kebaikan di makmal. Suplimen yang sudah banyak membantu orang yang tidak bernasib baik seperti kita.

Suplimen terbaik ini di datangkan dari USA, dengan menggunakan bahan terbaik dan diujia oleh pelbagai institusi-institusi yang bebas.

Vivix telah diuji dalam makmal dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Jangan kita menggunakan "ubat kuat" kerana terpedaya dengan janji manis penjual yang akhirnya membinasakan diri sendiri.

Suplimen ini dinamakan Vivix dan ianya tidak boleh ditiru oleh pengusaha lain. Ianya telah dipatenkan di peringkat dunia dan mendapat pengiktirafan yang mengkagumkan.

Berikhtiar dan tekunlah, ianya menjemput kesabaran dalam diri kita.

HARGA VIVIX SHAKLEE RM503.50 (TERMASUK POS)
013 942 9119



Sunday, July 9, 2017

CARA MENGGUNAKAN PES MSN

Kari ikan/udang (750g ikan / udang)
1)masakkan pes bersama 200gram santan dan 3cawan air
2)biarkan kuah menjadi sebati. (Tiada bintik2 putih santan)
 3) masukkan ikan (jika udang,masukkan last sekali utk elakkan overcook)
4)masuk sayur yg perlu,bendi,terumg,carrot,tomato buah,bawang holland. (Ada org suka tambah buah mangga kecik/'pauh rekngan putik' utk bagi rasa masam)
 5) garam gula boleh tambah ikut citarasa (pes sudah ada garam dan gula,tp boleh tambah kg ikut citarasa)

Kurma/kari ayam daging
(sukatan seekor ayam besar atau 2 kg daging)
1)masakkan pes bersama lauk. Guna api sederhana.
2)bila air ayam da keluar (ayam jadi putih sikit dah xnampak mentah) besarkan api, dan masukkan 500gram santan dan 3 cawan air.
3)biarkan lauk menjadi empuk,dan kuah nampak sebati masukkan kentang dibelah 4. Bila kentang dah empuk,masukkan 3 bijk lada hijau (jangan potong)
4)garam dan gula boleh ditambah secukup rasa (pes telah mengandungi garam dan gula secukuo rasa,boleh tambah atas citarasa)

Kerutuk (sukatan seekor ayam besar atau 2kg kg daging)
1)masakkan pes bersama lauk. Guna api sederhana.
2)bila air ayam da keluar (ayam jadi putih sikit dah xnampak mentah) besarkan api, dan masukkan 500gram santan dan 5cawan air.
3)biarkan lauk menjadi empuk,dan kuah jadi lebih pekat (warna gelap kerutuk,lagi lama masak lagi sedap)
4)garam dan gula boleh ditambah secukup rasa (pes telah mengandungi garam dan gula secukuo rasa,boleh tambah atas citarasa)

Nasi arab (sukatan sekilo beras)
1) masak pes bersama ayam atau daging sehingga empuk (pastikan masak sempurna sebab beras cepat masak,jadi lauk perlu masak terlebih dahulu)
2)masukkan air (ikut sukatan beras, jika 4 cawan beras,masukkan 4 cawan air). Boleh rasa setelah menggelegak jika nak tambah garam atau gula (biasanya sudah tidak perlu. Sudah diadun secukup rasa)
3) masukkan beras (yg telah direndam selama 10 minit,dan ditoskan airnya)
4)boleh letak daun pandan 3 helai. Tak letak pun xpe.
5) nasi da masak boleh la makan..

Kuzi (utk setengah ekor ayam saiz besar/1kg ayam/daging)
1) masak sebekas pes kuzi, setengah tin susu cair (jenama disyorkan: IDEAL), dan 2 bekas air (sukatan bekas pes).
2) masak biar menggelak selama 20 minit
3) masukkan ayam/daging (untuk rasa yg lebih enak,perap lauk dengan bawang putih dan halia dan digoreng separuh masak terlebih dahulu)
4)masak sehingga lauk empuk dan kuah sebati (tiada bintik2 putih). Kuah akan jd makin lama makin pekat. Untuk lebih cepat,pastikan periuk tertutup.
5) boleh tambah garam dan gula sesedap rasa 6)jika ingin lebih menarik, kismis dan gajus boleh ditambah setelah hampir masak

Gulai darat/kawah (sukatan 1kg lauk)
1) masak pes bersama 300ml santan dan 3 cawan air.
2)Masukkan lauk dan masak sehingga empuk dan kuah sebati

*kalau guna santan kotak, kurangkan sukatan santan bagi mengelakkan kuah menjadi pekat.

TEMPAHAN PES MSN
013 942 9119
013 939 9681

Saturday, July 8, 2017

koleksi gambar lauk menggunakan pes msn

iklan

kurma daging


gulai darat

kuzi ayam
sebarang pertanyaan
013 942 9119
013 939 9681

Sunday, July 2, 2017

Wednesday, May 3, 2017

hyvää kahvia

hyvää kahvia


herkullista kahvia Malesiasta









BAHASA ASAL IALAH MELAYU.

KOPI SEDAP

Saturday, January 7, 2017

CARA MENGIRA 33 KALI SEMASA BERTASBIH, BERTASMID DAN BERZIKIR

IKUT CARA RASULULLAH SAW

Cara yang pantas hanya menggunakan anggota tangan kurniaan Allah.

Tangan kanan, ibu jari kanan dan jari telunjuk kanan.

Kita biasa melihat para imam menggunakan tasbih semasa berzikir. 

Sebenarnya ada cara yang mudah dan ianya di buat oleh Rasulullah saw.

Lihat dan amati gambar, anda akan dapati di mana titik-titik yang kesemuanya berjumlah 33.


Friday, January 6, 2017

Pentingnya Takaful Dalam Perancangan Hidup

Sayang kita kepada anak-anak.

Kita kalau boleh nak jaga anak dari A hingga Z. Makan minumnya, pakaiannya, keselamatannya, bermain bersama-sama, makan angin sama-sama dan bermacam-macam perkara kita ingin buat agar anak kita gembira dan ceria.

Tetapi, mampukah kita?

Sentiasa sihatkah kita?

Sentiasa banyak duitkah kita?

Tidak keluar bekerjakah kita?

Anak-anak kecil di bawa ke tempat kerjakah kita?

Mustahil kita mampu mengembirakan mereka 100%....

Bagaimana pula jika tiba-tiba kita terpaksa meninggalkan mereka membesar tanpa kita dapat melihatnya. Sudah banyak kes-kes anak-anak kecil menjadi yatim piatu di usia yang sangat muda.

Allahuakbar.

Bersediakah kita?

Bayangkan mereka akan menempuh hidup berpuluh-puluh tahun lagi dengan dipelihara oleh orang lain. Sempurnakah orang lain menjaga keperluannya?

Di sinilah pentingnya takaful.

Jika kita pergi meninggalkan dunia ini untuk bertemu Allah yang maha mencipta, kita mampu meninggalkan bekalan untuk mereka dengan wang ringgit beratus-ratus ribu.

Bukannya kita terpaksa membayar takaful beratus ringgit, walaupun tidak sampai 100 ringgit sebulan. Kita masih mampu menyediakan bekalan untuk mereka.

Tidak kira apa pekerjaan kita, yang penting kita sihat dan tidak mempunyai penyakit-penyakit yang merbahaya.

Bertakafullah,

Hanya hantar butiran berikut kepada saya (013 9429119) untuk anda mengetahui berapa ratus ribukah yang dapat kita sediakan untuk orang yang kita kasihi.

Nama
Tarikh lahir
Status merokok
dan jika tidak keberatan, nyatakan jumlah yang ingin anda bekalkan kepada orang yang tersayang.
(Contoh:  mohd affan /  2.12.1982 / RM 100,000.00)

Ayuh, jangan berlengah. Simpan nombor saya dalam telifon tuan..013 942 9119 dan whatssap lah segera.

Dengan lafaz bismillah...dengan niat untuk merancang masa depan yang penuh onak ranjau...berniatlah seikhlas hati, betapa amanah (keluarga) yang Allah beri kepada kita akan kita lindungi dengan penuh kudrat kita.

DENGAN IZIN ALLAH.

ALHAMDULILLAH.

Mohd Affan
0139429119

Muflis Kerana Kata-Kata Kesat

Ya, muflis walaupun asalnya kita memiliki pahala bergunung ganang.

Kerana setiap sumpah seranah dicatat oleh malaikat.

Walaupun kita mendapat pahala yang terhasil dari ibadah pada malam lailatul kadar contohnya. Betapa ibadah pada malam tersebut memberi ganjaran seperti ibadah selama 1000 bulan!

Sudah semestinya banyak pahala untuk kita bawa semasa menghadap Allah azzawajalla.

Namun malangnya, kita terpaksa membayar kepada setiap makhluk yang kita sumpah semasa hayat hidup kita.

Apabila sumpah seranah menjadi tabiat, maka setiap apa yang kita tidak puas hati semestinya akan kita sumpah.

Contohnya,

Tok siak masjid memainkan cd al Qur'an sebelum masuk waktu azan. Kita tidak puas hati, maka kita akan sumpah..."nyanyok ke apa siak ni.."

Atau anak kita bising semasa kita sedang tidur,..."woi bodoh!, tak nampak aku nak tidur ke???

Allahuakbar....

Istigfar lah. Kerana Allah maha pengampun lagi maha mengasihi.

Mohonlah maaf kepada mereka yang pernah kita maki...yang pernah kita sumpah...yang pernah kita sumpah semasa memberi komen di media sosial.

Sebelum nyawa kita dicabut... Sebelum mata terbeliak melihat roh keluar dari jasad...mohonlah kemaafan, buang ego kita. Kerana, kedahsyatan api neraka Allah itu sangat azab.

Cipta Borang Dengan Menggunakan Google Form

Petua Jimat Kertas Guna Google Form Bismillah... untuk gambar lebih besar