Friday, January 6, 2017

Muflis Kerana Kata-Kata Kesat

Ya, muflis walaupun asalnya kita memiliki pahala bergunung ganang.

Kerana setiap sumpah seranah dicatat oleh malaikat.

Walaupun kita mendapat pahala yang terhasil dari ibadah pada malam lailatul kadar contohnya. Betapa ibadah pada malam tersebut memberi ganjaran seperti ibadah selama 1000 bulan!

Sudah semestinya banyak pahala untuk kita bawa semasa menghadap Allah azzawajalla.

Namun malangnya, kita terpaksa membayar kepada setiap makhluk yang kita sumpah semasa hayat hidup kita.

Apabila sumpah seranah menjadi tabiat, maka setiap apa yang kita tidak puas hati semestinya akan kita sumpah.

Contohnya,

Tok siak masjid memainkan cd al Qur'an sebelum masuk waktu azan. Kita tidak puas hati, maka kita akan sumpah..."nyanyok ke apa siak ni.."

Atau anak kita bising semasa kita sedang tidur,..."woi bodoh!, tak nampak aku nak tidur ke???

Allahuakbar....

Istigfar lah. Kerana Allah maha pengampun lagi maha mengasihi.

Mohonlah maaf kepada mereka yang pernah kita maki...yang pernah kita sumpah...yang pernah kita sumpah semasa memberi komen di media sosial.

Sebelum nyawa kita dicabut... Sebelum mata terbeliak melihat roh keluar dari jasad...mohonlah kemaafan, buang ego kita. Kerana, kedahsyatan api neraka Allah itu sangat azab.

No comments:

Post a Comment

Cipta Borang Dengan Menggunakan Google Form

Petua Jimat Kertas Guna Google Form Bismillah... untuk gambar lebih besar