Sunday, July 9, 2017

CARA MENGGUNAKAN PES MSN

Kari ikan/udang (750g ikan / udang)
1)masakkan pes bersama 200gram santan dan 3cawan air
2)biarkan kuah menjadi sebati. (Tiada bintik2 putih santan)
 3) masukkan ikan (jika udang,masukkan last sekali utk elakkan overcook)
4)masuk sayur yg perlu,bendi,terumg,carrot,tomato buah,bawang holland. (Ada org suka tambah buah mangga kecik/'pauh rekngan putik' utk bagi rasa masam)
 5) garam gula boleh tambah ikut citarasa (pes sudah ada garam dan gula,tp boleh tambah kg ikut citarasa)

Kurma/kari ayam daging
(sukatan seekor ayam besar atau 2 kg daging)
1)masakkan pes bersama lauk. Guna api sederhana.
2)bila air ayam da keluar (ayam jadi putih sikit dah xnampak mentah) besarkan api, dan masukkan 500gram santan dan 3 cawan air.
3)biarkan lauk menjadi empuk,dan kuah nampak sebati masukkan kentang dibelah 4. Bila kentang dah empuk,masukkan 3 bijk lada hijau (jangan potong)
4)garam dan gula boleh ditambah secukup rasa (pes telah mengandungi garam dan gula secukuo rasa,boleh tambah atas citarasa)

Kerutuk (sukatan seekor ayam besar atau 2kg kg daging)
1)masakkan pes bersama lauk. Guna api sederhana.
2)bila air ayam da keluar (ayam jadi putih sikit dah xnampak mentah) besarkan api, dan masukkan 500gram santan dan 5cawan air.
3)biarkan lauk menjadi empuk,dan kuah jadi lebih pekat (warna gelap kerutuk,lagi lama masak lagi sedap)
4)garam dan gula boleh ditambah secukup rasa (pes telah mengandungi garam dan gula secukuo rasa,boleh tambah atas citarasa)

Nasi arab (sukatan sekilo beras)
1) masak pes bersama ayam atau daging sehingga empuk (pastikan masak sempurna sebab beras cepat masak,jadi lauk perlu masak terlebih dahulu)
2)masukkan air (ikut sukatan beras, jika 4 cawan beras,masukkan 4 cawan air). Boleh rasa setelah menggelegak jika nak tambah garam atau gula (biasanya sudah tidak perlu. Sudah diadun secukup rasa)
3) masukkan beras (yg telah direndam selama 10 minit,dan ditoskan airnya)
4)boleh letak daun pandan 3 helai. Tak letak pun xpe.
5) nasi da masak boleh la makan..

Kuzi (utk setengah ekor ayam saiz besar/1kg ayam/daging)
1) masak sebekas pes kuzi, setengah tin susu cair (jenama disyorkan: IDEAL), dan 2 bekas air (sukatan bekas pes).
2) masak biar menggelak selama 20 minit
3) masukkan ayam/daging (untuk rasa yg lebih enak,perap lauk dengan bawang putih dan halia dan digoreng separuh masak terlebih dahulu)
4)masak sehingga lauk empuk dan kuah sebati (tiada bintik2 putih). Kuah akan jd makin lama makin pekat. Untuk lebih cepat,pastikan periuk tertutup.
5) boleh tambah garam dan gula sesedap rasa 6)jika ingin lebih menarik, kismis dan gajus boleh ditambah setelah hampir masak

Gulai darat/kawah (sukatan 1kg lauk)
1) masak pes bersama 300ml santan dan 3 cawan air.
2)Masukkan lauk dan masak sehingga empuk dan kuah sebati

*kalau guna santan kotak, kurangkan sukatan santan bagi mengelakkan kuah menjadi pekat.

TEMPAHAN PES MSN
013 942 9119
013 939 9681

Saturday, July 8, 2017

koleksi gambar lauk menggunakan pes msn

iklan

kurma daging


gulai darat

kuzi ayam
sebarang pertanyaan
013 942 9119
013 939 9681

Sunday, July 2, 2017

Wednesday, May 3, 2017

hyvää kahvia

hyvää kahvia


herkullista kahvia Malesiasta









BAHASA ASAL IALAH MELAYU.

KOPI SEDAP

Saturday, January 7, 2017

CARA MENGIRA 33 KALI SEMASA BERTASBIH, BERTASMID DAN BERZIKIR

IKUT CARA RASULULLAH SAW

Cara yang pantas hanya menggunakan anggota tangan kurniaan Allah.

Tangan kanan, ibu jari kanan dan jari telunjuk kanan.

Kita biasa melihat para imam menggunakan tasbih semasa berzikir. 

Sebenarnya ada cara yang mudah dan ianya di buat oleh Rasulullah saw.

Lihat dan amati gambar, anda akan dapati di mana titik-titik yang kesemuanya berjumlah 33.


Friday, January 6, 2017

Pentingnya Takaful Dalam Perancangan Hidup

Sayang kita kepada anak-anak.

Kita kalau boleh nak jaga anak dari A hingga Z. Makan minumnya, pakaiannya, keselamatannya, bermain bersama-sama, makan angin sama-sama dan bermacam-macam perkara kita ingin buat agar anak kita gembira dan ceria.

Tetapi, mampukah kita?

Sentiasa sihatkah kita?

Sentiasa banyak duitkah kita?

Tidak keluar bekerjakah kita?

Anak-anak kecil di bawa ke tempat kerjakah kita?

Mustahil kita mampu mengembirakan mereka 100%....

Bagaimana pula jika tiba-tiba kita terpaksa meninggalkan mereka membesar tanpa kita dapat melihatnya. Sudah banyak kes-kes anak-anak kecil menjadi yatim piatu di usia yang sangat muda.

Allahuakbar.

Bersediakah kita?

Bayangkan mereka akan menempuh hidup berpuluh-puluh tahun lagi dengan dipelihara oleh orang lain. Sempurnakah orang lain menjaga keperluannya?

Di sinilah pentingnya takaful.

Jika kita pergi meninggalkan dunia ini untuk bertemu Allah yang maha mencipta, kita mampu meninggalkan bekalan untuk mereka dengan wang ringgit beratus-ratus ribu.

Bukannya kita terpaksa membayar takaful beratus ringgit, walaupun tidak sampai 100 ringgit sebulan. Kita masih mampu menyediakan bekalan untuk mereka.

Tidak kira apa pekerjaan kita, yang penting kita sihat dan tidak mempunyai penyakit-penyakit yang merbahaya.

Bertakafullah,

Hanya hantar butiran berikut kepada saya (013 9429119) untuk anda mengetahui berapa ratus ribukah yang dapat kita sediakan untuk orang yang kita kasihi.

Nama
Tarikh lahir
Status merokok
dan jika tidak keberatan, nyatakan jumlah yang ingin anda bekalkan kepada orang yang tersayang.
(Contoh:  mohd affan /  2.12.1982 / RM 100,000.00)

Ayuh, jangan berlengah. Simpan nombor saya dalam telifon tuan..013 942 9119 dan whatssap lah segera.

Dengan lafaz bismillah...dengan niat untuk merancang masa depan yang penuh onak ranjau...berniatlah seikhlas hati, betapa amanah (keluarga) yang Allah beri kepada kita akan kita lindungi dengan penuh kudrat kita.

DENGAN IZIN ALLAH.

ALHAMDULILLAH.

Mohd Affan
0139429119

Muflis Kerana Kata-Kata Kesat

Ya, muflis walaupun asalnya kita memiliki pahala bergunung ganang.

Kerana setiap sumpah seranah dicatat oleh malaikat.

Walaupun kita mendapat pahala yang terhasil dari ibadah pada malam lailatul kadar contohnya. Betapa ibadah pada malam tersebut memberi ganjaran seperti ibadah selama 1000 bulan!

Sudah semestinya banyak pahala untuk kita bawa semasa menghadap Allah azzawajalla.

Namun malangnya, kita terpaksa membayar kepada setiap makhluk yang kita sumpah semasa hayat hidup kita.

Apabila sumpah seranah menjadi tabiat, maka setiap apa yang kita tidak puas hati semestinya akan kita sumpah.

Contohnya,

Tok siak masjid memainkan cd al Qur'an sebelum masuk waktu azan. Kita tidak puas hati, maka kita akan sumpah..."nyanyok ke apa siak ni.."

Atau anak kita bising semasa kita sedang tidur,..."woi bodoh!, tak nampak aku nak tidur ke???

Allahuakbar....

Istigfar lah. Kerana Allah maha pengampun lagi maha mengasihi.

Mohonlah maaf kepada mereka yang pernah kita maki...yang pernah kita sumpah...yang pernah kita sumpah semasa memberi komen di media sosial.

Sebelum nyawa kita dicabut... Sebelum mata terbeliak melihat roh keluar dari jasad...mohonlah kemaafan, buang ego kita. Kerana, kedahsyatan api neraka Allah itu sangat azab.

Cipta Borang Dengan Menggunakan Google Form

Petua Jimat Kertas Guna Google Form Bismillah... untuk gambar lebih besar