untuk makluman, ianya jenama dari China dan mula beroperasi pada tahun 2010. Walaupun masih baru namun xiaomi berjaya mengatasi jenama-jenama lain termasuk vivo, oppo, lg, zte dan beberapa jenama lagi.
bukan sahaja Malaysia, xiaomi juga berjaya di Brazil, Singapura, India, Turki, Thailand dan beberapa negara lagi. Yang mana telifonnya telah terjual melebihi 65 juta unit! Nak baca lebih mengenai xiaomi sila ke pautan di bawah.
ALHAMDULILLAH.
Bertemu kembali dalam edisi 2. Selepas selesai membina tapak asas bagi TAPAK
ANALISA PEPERIKSAAN (selepas ini disebut sebagai TAP/tap) saya memurnikan lagi
dengan mencipta garisan dan sempadan-sempadan yang berwarna. Alat-alat yang saya
gunakan bagi memurnikan tap adalah seperti dalam gambar 1C.
Gambar 1C, alat-alat
yang digunakan bagi memurnikan TAP.
Edisi ini saya akan berkongsi berkenaan dengan formula-formula bagi mengautomasikan tap. Apabila
kita memasukkan markah murid, tap akan menganalisa dan mengeluarkan gred purata
subjek (gps), gred dan pencapaian murid.
Markah-markah murid telah saya perolehi dari guru-guru subjek. Markah tersebut telah saya kelaskan mengikut 3 kelas seperti 6Amanah, 6Bestari dan 6Cemerlang.
Julat markah bagi sekolah rendah.
LIHAT VIDEO DI BAWAH BAGI MENAIP FORMULA UNTUK GRED MARKAH.
Seperti yang tertera dalam julat markah, setiap markah yang diperolehi murid mempunyai maksud tertentu. Iaitu, A untuk cemerlang, B untuk baik hinggalah TH untuk tidak hadir.
Untuk memasukkan formula ke dalam sel-sel bagi setiap murid dengan pantas dan cepat. Hanya klik tetikus sebelah kiri (jangan lepas) kemudian tarik ke bawah hingga murid yang terakhir.
FORMULA GPS:=LOOKUP(D5,{"TH",0,39.5,49.5,64.5,79.5,100.5},{"TH","E","D","C","B","A"})
FORMULA GPS: =LOOKUP(E5,{"A","B","C","D","E","TH"},{"1","2","3","4","5",""})
FORMULA PENCAPAIAN: =LOOKUP(E5,{"A","B","C","D","E","TH"},{"Cemerlang","Baik","Memuaskan","Mencapai tahap minimum","Belum mencapai tahap minimum","Tidak hadir"})
Boleh rujuk video di atas bagi penjelasan lebih lanjut.
Saya
menggunakan excel 2010 bagi membina tapak analisa ini.
Saya akan
berkongsi dengan anda bagaimana membina tapak analisa peperiksaan hinggalah mencetak slip
keputusan peperiksaan. Diharapkan perkongsian ini menjadi ilmu jariah buat saya
di alam akhirat kelak.
Gambar 1, antara muka excel 2010.
Saya
memulakan dengan menukar nama “sheet1” kepada praupsr2018. Caranya ialah dengan
klik dua kali berturut-turut pada sheet1.
Pada baris
1 dan 2 saya menulis nama sekolah dan perkara (analisa praupsr 2018)
Pada baris
4 saya meletakkan bilangan, nama murid, kelas, 6 subjek upsr (ianya untuk
markah subjek, gred, GPS dan pencapaian), bilangan gred dan keputusan akhir.
Gambar 2, setelah memasukkan nama murid dan maklumat asas.
Sekian dahulu untuk edisi 1 bagi membina tapak analisa peperiksaan. Edisi akan datang saya akan berkongsi bagaimana mencipta formula bagi mendapatkan gred, gps dan juga pencapaian.
MENCETAK MAKLUMAT DALAM EXCEL MENGIKUT SAIZ YANG DIKEHENDAKI.
Ramai dalam kalangan guru-guru yang sukar mendapatkan hasil cetakan yang terbaik bagi sesuatu tugasan. Jom mencuba langkah demi langkah bagi mendapatkan hasil cetakan yang memuaskan hati guru-guru.
Gambar 1A
Sebagai contoh, saya ingin mencetak sijil lahir, nama dan tarikh lahir murid-murid seperti dalam gambar 1A di atas. Maklumat lain seperti nama bapa akan dicetak bersama jika kita tidak ubah sempadan cetakan.
Untuk ubah sempadan cetakan, saya perlu klik view, page break preview dan garisan sempadan (warna biru). Lihat gambar 1B.
Gambar 1B
Dengan menggunakan tetikus, saya ubah garisan sempadan berwarna biru sehingga maklumat yang dikehendaki sahaja akan kelihatan. Maklumat lain akan masuk dalam kawasan berwarna kelabu dan ianya tidak akan dicetak.
Selepas berjaya diubah, nombor sijil lahir, nama dan tarikh lahir sahaja yang masuk dalam muka surat dan ianya sudah bersedia untuk dicetak.
Klik file dan print.
Gambar 1D
Dalam gambar 1D, hasil yang saya akan perolehi sangat kecil. Untuk itu saya mengubah saiz dengan klik page setup.
Di page setup, saya mengubah kedudukan kertas dan juga peratusan saiz hasil cetakan (Gambar 1E).
Dalam tv al hijrah sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci al Quran beserta dengan tafsirnya. Ayat-ayat al Quran yang tersusun indah dapat membimbing kita untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa. Perumpamaan yang terdapat di dalamnya membuat kita berfikir dan boleh di buat uji kaji. Termasuklah bercucuk tanam.
Firman
Allah SWT: Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) daripada
pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu
menyalakan api daripada pohon-pohon itu. (Yasin: 80)
Ibnu
Kathir berkata: Allah SWT mencipta pohon tersebut daripada air hingga menjadi
pepohonan yang menghijau, berbuah dan berbunga kemudian Dia mengulanginya
menjadi kayu-kayu kering untuk menyalakan api. Seperti itu pula, Dia melakukan
apa sahaja yang dikehendaki-Nya dan Maha Kuasa serta tiada siapa pun yang mampu
melakukannya.
Al-Maraghi
berkata: Allah SWT telah menyuburkan pohon dengan air sehingga ia menjadi subur
menghijau. Kemudian pohon itu pula dijadikan kayu bakar yang digunakan untuk
menyalakan api. Kemudian Allah SWT berupaya mencipta api daripada pokok yang
hijau mengandungi unsur pembakaran, manakala air itu pula mampu mengembalikan
semula tulang-temulang manusia yang telah hancur kepada asalnya semula.
Untuk itu, aku menanam pokok dan melihat bagaimana ia membesar. Allahuakbar, indah sungguh ciptaan tuhan yang dapat menyedarkan aku betapa kerdilnya diri ini dan betapa hinanya diri ini.
Pokok malberi yang aku tanam ni selepas diberitahu oleh isteri bahawa banyak khasiatnya dan dengan sedikit pembacaan aku dapati terlalu banyak manfaat pokok ni dari kulit pokok hingga ke daunnya.
“….Buah Mulberry mengandungi
asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas,
asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala
kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol
dan sitosterol….”
Buah malberi yang sedap dimakan. Aku beli anak pokok yang dah ada buah, terus boleh dimakan..hihi
Anak pokok malberi aku beli di Tanah Merah dengan harga 5 ringgit. Selepas seminggu aku pindahkan anak pokok yang berada dalam pasu ke tapak tanaman. Tapak tanaman di kawasan rumah aku tanahnya tak subur. Oleh itu, aku membuat lubang besar untuk digantikan tanahnya dengan medium tanaman yang subur.
Medium tanaman aku biarkan lebih kurang dua bulan dalam lubang tu. Ada abu hasil dari pembakaran sampah dan ada tahi kerbau yang aku ambil di luar pagar rumah aku.
InsyaAllah selepas beberapa minggu lagi teduhan plastik hitam tu boleh dibuang. Yang penting menyiram air dua kali sehari untuk dia membesar dengan sihat.
Pengalaman membesarkan anak-anak amat bermakna. Islam meletakkan tanggungjawab membesarkan anak-anak di bawah ibu bapa. Oleh itu, bukan mudah untuk memastikan mereka membesar mengikut acuan Islam.
Apa yang menarik untuk awal tahun 2018 ini kami sekeluarga keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang ke rumah pada 6 petang. Jika di bandar-bandar besar situasi ini biasa sahaja. Namun, kami berada di persekitaran kampung yang mana kerbau, lembu, kambing dan binatang-binatang ternakan lain masih banyak kelihatan. Untuk keluar bekerja sebelum keluar matahari dan pulang pada matahari terbenam adalah sesuatu yang sangat indah...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Petang ini, 6 Feb 2018 kami pulang disambut oleh ma dan ayah yang kebetulan membantu kami menaik taraf longkang rumah kami. Anak-anak seronok bermain sambil membantu atuknya menyiapkan kerja.