Sunday, August 26, 2018

LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBINA TAPAK ANALISA PEPERIKSAAN (EDISI 2)

EDISI 2.

TAPAK ANALISA PEPERIKSAAN (TAP)

UNTUK SEKOLAH RENDAH.



ALHAMDULILLAH. Bertemu kembali dalam edisi 2. Selepas selesai membina tapak asas bagi TAPAK ANALISA PEPERIKSAAN (selepas ini disebut sebagai TAP/tap) saya memurnikan lagi dengan mencipta garisan dan sempadan-sempadan yang berwarna. Alat-alat yang saya gunakan bagi memurnikan tap adalah seperti dalam gambar 1C.

Gambar 1C, alat-alat yang digunakan bagi memurnikan TAP.

Edisi ini saya akan berkongsi berkenaan dengan formula-formula bagi mengautomasikan tap. Apabila kita memasukkan markah murid, tap akan menganalisa dan mengeluarkan gred purata subjek (gps), gred dan pencapaian murid.

Gambar 1D, tapak asas yang sudah dimurnikan.

BAGI MELANCARKAN PENGISIAN MARKAH, AKTIFKAN SPLIT. DI SINI CONTOH PENGGUNAAN SPLIT https://youtu.be/zPp-BEm8jdQ 

Markah-markah murid telah saya perolehi dari guru-guru subjek. Markah tersebut telah saya kelaskan mengikut 3 kelas seperti 6Amanah, 6Bestari dan 6Cemerlang.

Julat markah bagi sekolah rendah.

LIHAT VIDEO DI BAWAH BAGI MENAIP FORMULA UNTUK GRED MARKAH.

=LOOKUP(V4,{"TH",0,39.5,49.5,64.5,79.5,100.5},{"TH","E","D","C","B","A"})


Seperti yang tertera dalam julat markah, setiap markah yang diperolehi murid mempunyai maksud tertentu. Iaitu, A untuk cemerlang, B untuk baik hinggalah TH untuk tidak hadir.


Untuk memasukkan formula ke dalam sel-sel bagi setiap murid dengan pantas dan cepat. Hanya klik tetikus sebelah kiri (jangan lepas) kemudian tarik ke bawah hingga murid yang terakhir.

FORMULA GPS:=LOOKUP(D5,{"TH",0,39.5,49.5,64.5,79.5,100.5},{"TH","E","D","C","B","A"}) 

FORMULA GPS: =LOOKUP(E5,{"A","B","C","D","E","TH"},{"1","2","3","4","5",""})

FORMULA PENCAPAIAN: =LOOKUP(E5,{"A","B","C","D","E","TH"},{"Cemerlang","Baik","Memuaskan","Mencapai tahap minimum","Belum mencapai tahap minimum","Tidak hadir"})

Boleh rujuk video di atas bagi penjelasan lebih lanjut.

Sekian
Terima kasih.

Saturday, August 25, 2018

LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBINA TAPAK ANALISA PEPERIKSAAN (EDISI 1)


MEMBINA TAPAK ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH.

Edisi 1.

Saya menggunakan excel 2010 bagi membina tapak analisa ini.

Saya akan berkongsi dengan anda bagaimana membina tapak analisa peperiksaan hinggalah mencetak slip keputusan peperiksaan. Diharapkan perkongsian ini menjadi ilmu jariah buat saya di alam akhirat kelak.


Gambar 1, antara muka excel 2010.

Saya memulakan dengan menukar nama “sheet1” kepada praupsr2018. Caranya ialah dengan klik dua kali berturut-turut pada sheet1.

Pada baris 1 dan 2 saya menulis nama sekolah dan perkara (analisa praupsr 2018)

Pada baris 4 saya meletakkan bilangan, nama murid, kelas, 6 subjek upsr (ianya untuk markah subjek, gred, GPS dan pencapaian), bilangan gred dan keputusan akhir.

Gambar 2, setelah memasukkan nama murid dan maklumat asas.


Sekian dahulu untuk edisi 1 bagi membina tapak analisa peperiksaan. Edisi akan datang saya akan berkongsi bagaimana mencipta formula bagi mendapatkan gred, gps dan juga pencapaian.

Saturday, July 14, 2018

MENCETAK DATA DALAM MICROSOFT EXCEL 2010


MENCETAK MAKLUMAT DALAM EXCEL MENGIKUT SAIZ YANG DIKEHENDAKI.


Ramai dalam kalangan guru-guru yang sukar mendapatkan hasil cetakan yang terbaik bagi sesuatu tugasan. Jom mencuba langkah demi langkah bagi mendapatkan hasil cetakan yang memuaskan hati guru-guru.

Gambar 1A

Sebagai contoh, saya ingin mencetak sijil lahir, nama dan tarikh lahir murid-murid seperti dalam gambar 1A di atas. Maklumat lain seperti nama bapa akan dicetak bersama jika kita tidak ubah sempadan cetakan.

Untuk ubah sempadan cetakan, saya perlu klik view, page break preview dan garisan sempadan (warna biru). Lihat gambar 1B.
Gambar 1B

Dengan menggunakan tetikus, saya ubah garisan sempadan berwarna biru sehingga maklumat yang dikehendaki sahaja akan kelihatan. Maklumat lain akan masuk dalam kawasan berwarna kelabu dan ianya tidak akan dicetak.

Selepas berjaya diubah, nombor sijil lahir, nama dan tarikh lahir sahaja yang masuk dalam muka surat dan ianya sudah bersedia untuk dicetak.

Klik file dan print. 
  • Gambar 1D
  • Dalam gambar 1D, hasil yang saya akan perolehi sangat kecil. Untuk itu saya mengubah saiz dengan klik page setup.
  • Di page setup, saya mengubah kedudukan kertas dan juga peratusan saiz hasil cetakan (Gambar 1E).
 Semoga para guru dapat memanfaatkan panduan ini.

Gambar 1E


Selamat mencuba.

Thursday, February 15, 2018

AKU TANAM POKOK MALBERI

Dalam tv al hijrah sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci al Quran beserta dengan tafsirnya. Ayat-ayat al Quran yang tersusun indah dapat membimbing kita untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa. Perumpamaan yang terdapat di dalamnya membuat kita berfikir dan boleh di buat uji kaji. Termasuklah bercucuk tanam.


Firman Allah SWT: Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) daripada pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api daripada pohon-pohon itu. (Yasin: 80)
Ibnu Kathir berkata: Allah SWT mencipta pohon tersebut daripada air hingga menjadi pepohonan yang menghijau, berbuah dan berbunga kemudian Dia mengulanginya menjadi kayu-kayu kering untuk menyalakan api. Seperti itu pula, Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya dan Maha Kuasa serta tiada siapa pun yang mampu melakukannya.
Al-Maraghi berkata: Allah SWT telah menyuburkan pohon dengan air sehingga ia menjadi subur menghijau. Kemudian pohon itu pula dijadikan kayu bakar yang digunakan untuk menyalakan api. Kemudian Allah SWT berupaya mencipta api daripada pokok yang hijau mengandungi unsur pembakaran, manakala air itu pula mampu mengembalikan semula tulang-temulang manusia yang telah hancur kepada asalnya semula.


Untuk itu, aku menanam pokok dan melihat bagaimana ia membesar. Allahuakbar, indah sungguh ciptaan tuhan yang dapat menyedarkan aku betapa kerdilnya diri ini dan betapa hinanya diri ini.

Pokok malberi yang aku tanam ni selepas diberitahu oleh isteri bahawa banyak khasiatnya dan dengan sedikit pembacaan aku dapati terlalu banyak manfaat pokok ni dari kulit pokok hingga ke daunnya.

“….Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol….”
Artikel penuh:

Buah malberi yang sedap dimakan. Aku beli anak pokok yang dah ada buah, terus boleh dimakan..hihi

Anak pokok malberi aku beli di Tanah Merah dengan harga 5 ringgit. Selepas seminggu aku pindahkan anak pokok yang berada dalam pasu ke tapak tanaman. Tapak tanaman di kawasan rumah aku tanahnya tak subur. Oleh itu, aku membuat lubang besar untuk digantikan tanahnya dengan medium tanaman yang subur.
Medium tanaman aku biarkan lebih kurang dua bulan dalam lubang tu. Ada abu hasil dari pembakaran sampah dan ada tahi kerbau yang aku ambil di luar pagar rumah aku.
InsyaAllah selepas beberapa minggu lagi teduhan plastik hitam tu boleh dibuang. Yang penting menyiram air dua kali sehari untuk dia membesar dengan sihat.
Alhamdulillah.

Tuesday, February 6, 2018

SEPETANG BERSAMA ANAK-ANAK

Pengalaman membesarkan anak-anak amat bermakna. Islam meletakkan tanggungjawab membesarkan anak-anak di bawah ibu bapa. Oleh itu, bukan mudah untuk memastikan mereka membesar mengikut acuan Islam.

Apa yang menarik untuk awal tahun 2018 ini kami sekeluarga keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang ke rumah pada 6 petang. Jika di bandar-bandar besar situasi ini biasa sahaja. Namun, kami berada di persekitaran kampung yang mana kerbau, lembu, kambing dan binatang-binatang ternakan lain masih banyak kelihatan. Untuk keluar bekerja sebelum keluar matahari dan pulang pada matahari terbenam adalah sesuatu yang sangat indah...

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Petang ini, 6 Feb 2018 kami pulang disambut oleh ma dan ayah yang kebetulan membantu kami menaik taraf longkang rumah kami. Anak-anak seronok bermain sambil membantu atuknya menyiapkan kerja.

Alhamdulillah.










Sunday, January 28, 2018

Bukan Untuk Dunia Semata-mata

Setiap makhluk yang Allah ciptakan adalah untuk kita pelajari dan mengenal Allah.

Lihatlah cahaya yang menyinari awan yang seolah-olah menggambarkan bahawa orang yang beriman akan mendapat cahaya dari Allah manakala orang munafik dan kufur kepada Allah akan berada dalam kegelapan.

Saturday, January 27, 2018

TANAM POKOK DALAM TANAH YANG TIDAK SUBUR

Kawase rumah ambo tanah tak subur. Sebabnyo tanah bukit hok kena taroh, ada banyak batu pah pulok tanah kerah kong.

Tanah rumah ambo kerah kong, ada batu apar. Belok cok-cok maso galli lube.

Masa mulo-mulo duduk sini (cuti bule Mac 2017), ambo ada tane pokok puding. Alhamdulillah dale belah-belah pokok ada 7 pohon hok iduk.

Pokok puding daun haluh, dekat setahun dah tane. Mujur iduk lagi. Alhamdulillah.

Ada 5 pohon pokok puding ni, ambo gembur tanoh nge bue ruput hari ni (27.1.2018). InsyaAllah berisi sikik pah-pah ni.

Alik tepi rumah sebeloh kiri tanah dia subur sikit, sebab tanah nambun. Pokok-pokok kawase tu segar banding nge tanoh kerah. Ada pokok serai, pokok duye, kace boto, ubi, mokte anok sekolah, limau puruk.

Tanah nambun dia subur sikit, segar pokok duyan ambo. Tinggi dia bandin nge anok sulung ambo. Maso tane mulo dale 30 cm jah. Alhamdulillah.


Pokok serai nge pokok ubi kayu segar molek. Pucuk ubi kayu boleh buat penawar batuk. Uli-uli pucuk nge kapur make, pahtu air dio sapu bawah tekok nge atah blake, insyaAllah boleh tidur molek.

Ambo tane pokok-pokok di tanah kerah ikut pandue dari ayoh ambo, Gali lube dale 3x3x2 kaki (dale lube lebih kure 2 kaki). Ayoh ambo pesan, lube tu kena gati nge tanoh gembur atau tanoh ite.

Kawase ambo payah nak ambik tanoh subur. Jadi ambo kutik taik-taik lembu nge taik kuba untuk bubuh dale lube. Dale lube tu jugok ambo bubuh abu nge are. Kade-kade ambo bakkar dale lube.

Loni ada 7 jenis pokok ambo tane guno kaedoh tu. Alhamdulillah hidup molek,
Pokok mata kucing, lube-lube tu ambo standby untuk kambus sisa-sisa makane. Kalu ada perut ike koho molek kambus dale tu, baja asli tuh. 

Pokok nona, pak cik che wee tuke kebung skc hok bui. Pokok ni buoh dio serupo durian selat/belanda.

Ni dia lube 3x3x2 hok ambo tak tane gapo-gapo lagi. Ado blako dale tu taik lembu, taik kuba, are dan abu. InsyaAllah segar pokok bila tane pah ni.

 Pokok lada nge pokok durian belanda. Lada tu make hasil dah, alhamdulillah segar molek pokok.

 Pauh epal, tak seko segar gitu mo....kerja Allah taala, dale dok nanam ni, banyak hok ambo belaja mengenai keesaan Allah azzawajalla.

Pokok jambu batu, teknik samo ambo guno. Gali lube pah tu bubuh bajo asli.

Dengan sikit perkongsian ni, ambo harap demo boleh ikhtiar untuk nanam pokok di kawase rumah. Pilih pokok saiz kecik, kalu pokok besar kena jauh dari rumah jiran. Kalu dop, cari baloh seksok. Pokok duye hok ambo tane tu, jenis pendek. Isteri ambo beli nge Cgu Wia SK Chenulang.

InsyaAllah lepas ni ambo cerito berkenaan tanam pokok lado.

Sekian, terima kasih.

Cipta Borang Dengan Menggunakan Google Form

Petua Jimat Kertas Guna Google Form Bismillah... untuk gambar lebih besar